Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib tidak harus dihukum berdasarkan pendapat umum: Peguambela

Jun 03, 2020 | 09:20 AM



KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya dihukum semata-mata berdasarkan pendapat umum.



Encik Farhan Read yang berhujah di akhir kes pembelaan berkata, kes rasuah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib, perlu dibicara berdasarkan fakta serta prinsip undang-undang.



Beliau berkata, memang tidak diragui bahawa kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian luas dan kemarahan daripada orang ramai, namun mahkamah tidak boleh dipengaruhi pendapat umum. 



Katanya, masyarakat tidak boleh disalahkan kerana tuduhan ke atas anak guamnya adalah serius tetapi isu yang dibangkitkan ketika perbicaraan perlu dilihat secara objektif.


Mengambil contoh, bukti bahawa menjadi kebiasaan bagi Datuk Seri Najib mengeluarkan cek tanpa memeriksa baki wang dalam akaun banknya, Farhan berkata, ia adalah perkara biasa bagi anak guamnya berbuat demikian.



Tidak seperti orang kebanyakan yang perlu melakukan pemeriksaan setiap masa, peguam itu berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak perlu berbuat demikian.



"Ia adalah kerana tertuduh menerima wang dalam jumlah yang banyak melalui sumbangan daripada pemimpin Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.



"Jadi, beliau tidak pernah peduli untuk memeriksa baki akaun apabila setiap kali mengeluarkan cek," katanya.



Encik Farhan berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib menyalahgunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan syarikat SRC adalah tidak benar sama sekali.



Katanya, Datuk Seri Najib pada kebanyakan masa menyerahkan perjalanan hal ehwal syarikat kepada Lembaga Pengarah. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >