PUTRAJAYA: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem cukai yang progresif dan pengenalannya bukanlah bagi membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata penerangan berhubung GST, yang telah dilaksanakan di sekitar 90 peratus negara di dunia, perlu digiatkan supaya rakyat benar-benar faham dan tidak melulu membantah tanpa mengetahui tujuan dan asas sistem pencukaian berkenaan.