KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, memberi tempoh tujuh hari kepada Tun Dr Ling Liong Sik memohon maaf kepadanya atau berdepan tindakan undang-undang kerana memfitnahnya menyalahgunakan dana pelaburan kerajaan bagi tujuan peribadi, kata peguam.
Tindakan tersebut diambil atas kapasiti peribadi Datuk Najib berikutan kenyataan bekas presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) itu dalam laporan media bertajuk MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).