Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa sahkan kumpul sampel batu pertama dari Marikh

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Nasa telah mengesahkan robot angkasa lepas Perseverance berjaya mendapatkan sampel batu pertama dari planet Marikh.



"Saya dah dapat!" kata agensi angkasa itu di Twitter kelmarin.



Ia turut memuat naik gambar batu agak lebih tebal berbanding pensel yang dimasukkan ke dalam tiub sampel.



Sampel batu itu diambil pada 1 September tetapi Nasa kurang pasti sama ada robot tersebut berjaya menyimpannya kerana gambar awal yang diambil dalam keadaan agak gelap tidak menunjukkannya dengan begitu jelas.



Selepas mengambil gambar baru bagi pengesahan, Perseverance kemudian memindahkan tiub tersebut ke dalam robot itu untuk pengukuran dan pengimejan lebih lanjut, kemudian menutup bekas itu secara hermetik.



"Ini adalah pencapaian penting dan saya tidak sabar untuk melihat penemuan luar biasa yang dihasilkan oleh Perseverance dan pasukan kami," kata pentadbir Nasa, Bill Nelson dalam satu kenyataan.



Pentadbir bersekutu sains Nasa, Dr Thomas Zurbuchen, menyamakan pencapaian itu dengan sampel-sampel pertama batu yang diambil dari bulan, yang masih sangat berharga bagi para penyelidik hari ini.



Sistem persampelan dan penyimpanan Perseverance adalah mekanisme paling kompleks yang pernah dihantar ke angkasa, dengan lebih daripada 3,000 bahagian.



Sasaran pertamanya adalah batu berukuran kecil yang digelar 'Rochette' dari landasan yang mengandungi lapisan batu dasar kuno yang terdedah.



Perseverance menggunakan gerudi dan corong berongga di hujung lengan robotnya sepanjang 2 meter untuk mendapatkan sampel.



Perseverance mendarat di dasar tasik kuno, Kawah Jezero, pada Februari lalu dalam misi untuk mencari tanda-tanda kehidupan mikrob kuno.



Ia juga sedang berusaha memahami ciri-ciri geologi dan iklim Marikh.



Cubaan pertama untuk mengambil sampel pada Ogos lalu gagal kerana batu itu terlalu rapuh untuk menahan proses penggerudian oleh robot. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >