Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Nasib Khairy dalam UMNO diputuskan pada Jumaat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Nasib Khairy dalam UMNO diputuskan pada Jumaat

Jan 25, 2023 | 09:04 PM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO bermesyuarat pada Rabu dipercayai membincangkan status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam parti.

Bagaimanapun, sebarang keputusan hasil mesyuarat tertutup itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat.

Sebelum itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan mengenai perkara berkenaan dalam reaksi ringkas ketika ditanya media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi pada Rabu.

Susulan itu, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) mula menjadi tumpuan media sejak jam 4 petang pada Rabu.

Namun tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang sedang berlangsung.

Selain Khairy, dipercayai Tan Sri Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari depan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Khairy mendakwa wujud cubaan membawa masuk 'perwakilan import' bagi mengundi usul berkenaan.

Berikutan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Lembaga Disiplin UMNO akan membincangkan dakwaan yang dibuat Khairy sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, Khairy juga turut menyokong beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu dengan lantang mengkritik tindakan lebih 100 Ketua UMNO Bahagian yang sebulat suara tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Beliau menyifatkan ia sebagai 'kegilaan' dan cubaan untuk menyekat demokrasi. - Sinar Harian

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3