Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasib penduduk selatan Filipina jadi keprihatinan

Jun 23, 2017 | 05:30 AM



MANILA: Kebimbangan semakin meningkat mengenai nasib penduduk yang terperangkap dalam pertumpahan darah sedang tentera Filipina meneruskan usaha memerangi militan Maute di Bandar Marawi dan, yang terbaru, di bandar Pigcawayan, di selatan Filipina.



Insiden tebusan di sebuah sekolah rendah di Pigcawayan kelmarin dilaporkan berakhir selepas anggota militan yang menyerbu sekolah itu melarikan diri.



Jurucakap tentera Filipina berkata tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.



"Ia sudah berjaya diselesaikan. Mereka sudah melarikan diri. Mereka sudah tidak ada di situ. Kawasan sekolah sudah kembali selamat," kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla, kepada pemberita.



Bagaimanapun, beliau berkata tentera sedang menyiasat apakah anggota militan terbabit masih menahan lima orang awam yang berada di tempat kejadian.



Menurutnya, tiada murid sekolah dijadikan tebusan oleh militan.



Terdahulu, jurucakap kumpulan militan itu berkata mereka sudah membawa orang awam ke kawasan selamat menyusuli pertempuran dengan askar pemerintah dan tidak berhasrat menahan mereka.



Anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) itu menyerang satu pos kawalan tentera di Pigcawayan dan menawan sekolah tersebut sebelum berundur selepas bertempur dengan askar Filipina.



Tentera Filipina membunuh sekurang-kurangnya empat pejuang BIFF, sementara dua askar Filipina cedera.



Pertempuran itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk di Malagakit dan dua perkampungan di Pigcawayan melarikan diri.



Lebih 100 orang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina sejak lima minggu lalu, termasuk 58 anggota keselamatan dan 20 orang awam.



Pertempuran itu juga menyebabkan 300,000 penduduk meninggalkan bandar Marawi, di mana banyak rumah dan bangunan dibakar oleh anggota militan atau musnah akibat dibom dalam serangan udara tentera Filipina.



Sekitar 2,000 penduduk dilaporkan terperangkap dalam bandar itu, tanpa bekalan makanan, air dan elektrik.



Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Malaysia mengeluarkan senarai terbaru 18 individu yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).



ESSCOM ialah kawasan keselamatan Malaysia yang meliputi 1,400 km di pantai timur Sabah, dari Kudat ke Tawau.



Antara dalam tersenarai itu ialah ketua kumpulan Abu Sayaf di Basilan, Isnilon Hapilon, dan ketua kumpulan militan Maute di bandar Marawi, Abdullah Maute.



Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pihaknya turut menyenaraikan Isnilon dan Abdullah Maute dalam senarai itu kerana mereka dikhuatiri akan melarikan diri ke mana-mana negara, termasuk ke Malaysia melalui Sabah, ekoran tindakan ketenteraan oleh pemerintah Filipina bagi menghapuskan pemberontak Maute di bandar Marawi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >