Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Negara Asia gesa tingkat dialog hurai konflik

Feb 26, 2022 | 05:30 AM



NEGARA di Asia Tenggara menggesa lebih banyak dialog diadakan dalam kalangan pihak relevan untuk mencari penyelesaian aman bagi konflik Ukraine-Russia.



Russia menceroboh Ukraine menerusi darat, udara dan laut kelmarin, dalam serangan terbesar oleh sesebuah negara terhadap sebuah negara lain di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, yang juga pengerusi Asean tahun ini, berkata isu antarabangsa seperti ini amat membimbangkan meskipun negara itu kecil dan jauh dari Eropah.



Beliau juga telah berbincang hal tersebut dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sedang berkunjung ke Kemboja.



Datuk Seri Ismail berkata kerajaannya sedih dengan perkembangan terkini di Ukraine.



"Keutamaan kerajaan sekarang ialah untuk memastikan keluarga Malaysia di Ukraine selamat," ujarnya.



Tambahnya, Malaysia berharap konflik Ukraine-Russia itu dapat diselesaikan dengan aman secepat dan terbaik mungkin.



Indonesia turut melahirkan keprihatinan tentang konflik itu.



Jurucakap Kementerian Ehwal Luar Indonesia, Encik Teuku Faizasyah, berkata Indonesia menggesa supaya mengekalkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung keutuhan wilayah negara.



Indonesia turut mengecam tindakan yang mengganggu wilayah dan kedaulatan negara.



Kedutaan Vietnam di Ukraine turut memantau rapat keadaan di sana, dengan jurucakap Kementerian Ehwal Luar Vietnam, Cik Le Thi Thu Hang, berkata Vietnam menggesa pihak relevan supaya mengawal diri, tingkatkan usaha dialog dan menggalak langkah diplomatik bagi menangani konflik secara aman dan sejajar dengan Piagam PBB serta prinsip asas undang-undang antarabangsa.



Menurutnya, ini akan menyumbang kepada usaha memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu dan dunia.



Pemangku jurucakap Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, Encik Karlo Nograles, berkata keselamatan warga Filipina di Ukraine menjadi keutamaan Encik Duterte.



Jabatan Ehwal Luar negara itu juga menggesa warga Filipina di Ukraine supaya tidak panik dan berjaga-jaga menyusuli serangan Russia ke atas Ukraine.



Sementara itu, Angkatan Udara Diraja Thai (RTAF) pula sedang menyiapkan penerbangan khusus dan pesawat kargo tentera bagi kemungkinan memindahkan warga Thailand di Ukraine.



Jurucakap RTAF, Naib Marsyal Udara, Encik Prapas Sornjaidee, berkata pemindahan menggunakan pesawat tentera memerlukan pertimbangan berhati-hati kerana terdapat konflik tentera di kawasan tersebut.



Oleh itu, penerbangan yang disediakan khusus akan menjadi pilihan pertama. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >