Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara Eropah timbang sekatan baru susulan ancaman Omicron

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Beberapa negara Eropah mempertimbangkan sekatan pergerakan baru kelmarin sementara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, meminta sokongan medik tentera membantu hospital dalam menangani gelombang jangkitan varian Omicron sebelum sambutan Hari Natal.



Jangkitan Omicron terus berlipat ganda seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Asia termasuk di Jepun, di mana satu kelompok jangkitan di pangkalan tentera kini telah bertambah menjadi sekurang-kurangnya 180 kelompok.



"Kami menjangkakan 'ribut' yang akan datang," kata ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia Eropah, Encik Hans Kluge.



Beliau memberi amaran kepada negara Eropah agar menjangkakan lonjakan kes Covid-19.



Sebelum itu, Presiden Biden telah menekankan risiko tinggi yang dihadapi satu dalam empat warga Amerika yang masih belum divaksin.



Encik Biden merancang memperkenalkan langkah baru terhadap ujian kelmarin, menurut salah seorang pegawai.



Langkah tersebut merangkumi kerahan lebih 1,000 kakitangan perubatan tentera untuk membantu hospital yang kini menghadapi kesukaran dalam menangani jumlah jangkitan yang tinggi.



Sementara itu, Israel melaporkan kematian pertamanya daripada varian Omicron.



Menurut media Israel, seorang lelaki warga emas meninggal dunia di Beersheba Isnin lalu.



Jerman, Scotland, Ireland, Belanda dan Korea Selatan merupakan antara negara yang telah menguatkuasakan semula sekatan pergerakan atau langkah jarak sosial lain sejak kebelakangan ini.



Portugal pula telah meminta kelab malam dan bar untuk tutup dan meminta orang ramai bekerja di rumah selama sekurang-kurangnya dua minggu mulai Sabtu lalu.



Menteri pertama Scotland, Cik Nicola Sturgeon, telah membentangkan rancangan memperkenalkan sekatan baru terhadap acara awam, termasuk acara sukan, selama tiga minggu selepas perayaan Hari Natal.



"Malangnya, ini juga bermakna sambutan Hogmanay besar-besaran, termasuk yang telah dirancang di ibu kota ini (Edinburgh), tidak dapat diteruskan," katanya, merujuk kepada sambutan tahun baru tradisional Scotland.



Menteri Respons Covid-19 New Zealand, Encik Chris Hipkins, berkata negaranya, yang sebelum ini telah melaksanakan antara langkah sekatan Covid-19 paling ketat di dunia, akan melewatkan rancangannya membuka sempadan secara bertahap hingga akhir Februari tahun depan.



"Semua bukti menunjukkan bahawa Omicron merupakan varian paling mudah berjangkit," katanya.



Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, berkata negara itu akan memperkenalkan langkah baru dalam mengehadkan perhimpunan bagi individu yang telah divaksin kepada maksimum 10 orang sebelum malam Tahun Baru.



Encik Scholz bersetuju dengan perdana menteri 16 negara bahawa acara besar seperti perlawanan bola sepak, tidak boleh ditonton secara fizikal.



Lebih 274 juta orang dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 secara global sejak pandemik itu tercetus dua tahun lalu.



Lebih 5.65 juta orang telah meninggal dunia. --Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >