Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI DUNIA

Negara EU dijangka had pas perjalanan Covid-19 ke 9 bulan

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



BRUSSELS: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dijangka bersetuju mengehadkan kepada sembilan bulan tempoh sijil Covid-19 bagi perjalanan dalam lingkungan blok itu, tiga sumber EU memberitahu agensi berita Reuters.



Bagaimanapun, beberapa negara prihatin pelaksanaan had sedemikian akan menghalang perjalanan.



EU memperkenal pas Covid-19 pada Julai untuk memudahkan perjalanan bagi orang yang sudah mendapat vaksin sepenuhnya terhadap Covid-19, telah pulih daripada penyakit itu atau mempunyai ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) negatif.



Selain itu, eksekutif EU mengusulkan di satu mesyuarat antara pakar kesihatan dengan negara anggota kelmarin agar dilaksana ujian PCR bagi kesemua pengembara yang tiba di rantau itu, menurut dua sumber.



Ia langkah yang mahu dilaksana disebabkan kekurangan maklumat sejauh itu mengenai risiko varian Omicron koronavirus Covid-19.



Sementara itu di Britain, Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan langkah sekatan lebih ketat untuk menyekat varian Omicron yang semakin pantas menular.



Encik Johnson menegaskan sekarang masanya memperketat kawalan bagi mencegah peningkatan kemasukan ke hospital dan kemungkinan kematian apabila varian baharu itu merebak secara meluas dalam kalangan penduduk.



"Sudah terbukti bahawa Omicron merebak jauh lebih pantas berbanding varian lain, termasuk Delta, malah ia sudah merebak ke seluruh dunia hanya dalam tempoh tidak sampai tiga minggu.



"Paling membimbangkan, terdapat bukti bahawa jangkitan Omicron pada masa ini boleh berganda dalam selang antara dua dan tiga hari," katanya dalam satu sidang media kelmarin.



Menurut Encik Johnson, 568 kes varian itu sudah disahkan di seluruh United Kingdom (UK) setakat ini, tetapi beliau yakin bilangan sebenar sudah pasti jauh lebih tinggi.



Beliau berkata meskipun belum ada data komprehensif mengenai sejauh mana bahayanya Omicron, peningkatan kadar kemasukan ke hospital di Afrika Selatan, tempat varian itu mula dikesan, sudah membayangkan ia berpotensi mengakibatkan kemudaratan.



Saintis di Agensi Keselamatan Kesihatan UK juga berkata mereka menjangka varian Omicron amenjasdi varian dominan di Britain dalam tempoh dua hingga empat minggu akan datang.



Agensi itu berkata setakat ini kebanyakan kes dikesan di London dan tenggara England.



Sekatan lebih ketat oleh kerajaan dilihat dapat memberi masa untuk mereka menyuntik dos vaksin penggalak dengan sasaran melengkapkan suntikan dos penggalak kepada semua orang dewasa menjelang akhir Januari depan.



Encik Johnson juga berkata mulai Isnin depan, orang ramai harus bekerja dari rumah sekiranya boleh dan bermula esok, keperluan pemakaian pelitup akan diperluaskan ke kebanyakan tempat awam tertutup di England, termasuk pawagam.



Malah, pada minggu depan, hanya mereka yang mempunyai pas Covid-19, iaitu telah disuntik dua dos vaksin, boleh memasuki kelab malam dan lokasi kunjungan ramai.



Britain merekodkan 51,342 kes Covid-19 baru kelmarin, dengan 161 kematian. Secara keseluruhan, ia mencatat 146,000 kematian, kedua terburuk di Eropah selepas Russia. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >