Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara ketatkan sempadan, saintis buat kajian mutasi Omicron

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Lebih banyak negara mengenakan sekatan dan mengetatkan sempadannya bagi menghalang virus Omicron dari menular di negara mereka.



Indonesia, New Zealand dan Thailand menyertai beberapa negara lain yang menghalang kemasukan para pelawat dari negara-negara dari selatan Afrika.



Varian itu mula dikesan di Gauteng, sebuah wilayah Afrika Selatan, Khamis lalu, dan disahkan sebagai varian yang menimbulkan keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.



Israel menjadi negara pertama yang menghalang kemasukan semua warga asing ke negara itu. Ini selepas ia mengesahkan satu kes dan sedang menguji tujuh orang lagi.



Saintis berlumba-lumba untuk menentukan ancaman yang ditimbulkan oleh virus yang sangat bermutasi, terutamanya sama ada ia boleh mengelak daripada vaksin yang sedia ada. Ia terbukti lebih mudah berjangkit daripada varian Delta yang menular sebelum ini.



Indonesia menyatakan ia menghalang kemasukan pelawat dari lapan negara selatan Afrika termasuk Afrika Selatan, Botswana, Namiba, Zimbabwe dan Nigeria sejak 14 hari bermula hari ini.



New Zealand mengumumkan sekatan baru yang tidak membenarkan kemasukan pelawat asing dari sembilan negara Afrika Selatan itu. Bagi rakyatnya yang ke negara-negara itu, mereka boleh kembali ke New Zealand tetapi perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengumumkan semua penumpang pesawat dengan sejarah perjalanan terkini ke tujuh negara Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, tidak dibenarkan masuk ke Singapura mulai 11.59 malam pada Sabtu.



Pihak berkuasa di Belanda menyatakan 61 orang yang tiba di Amsterdam dari dua pesawat dari Afrika Selatan diuji positif.



Britain semalam mengumumkan peraturan kemasukan yang lebih ketat selepas mengesahkan dua kes pertama jangkitan Omicron.



Perdana Menteri, Encik Boris Johnson, berkata semua pelawat dari negara lain yang tiba di negara itu perlu menjalani pengasingan kendiri sehingga menerima keputusan negatif dari ujian Reaksi Rantai Polimerase (PCR).



Pelitup muka perlu digunakan sepanjang masa di tempat-tempat runcit dan pengangkutan awam.



"Kita perlu beli masa bagi para saintis memahami apa yang berlaku,'' katanya, dalam satu sidang akhbar.



Ketua Pegawai Perubatan England, Encik Chris Whitty, berkata terdapat kemungkinan varian itu sukar dibendung dengan vaksin yang ada.



Menteri Kesihatan Britain, Encik Sajid Javid berkata dua kes Omicron yang ditemui di Britain kelmarin adalah berkaitan dua individu yang telah ke selatan Afrika.



Dua individu itu dan anggota keluarga mereka diminta untuk menjalani ujian lagi dan mengasingkan diri sementara ujian lanjut dan penjejakan kontak dijalankan.



Pelawat dari Malawi, Mozambique, Zambia dan Angola diletakkan dalam senarai merah di negara itu dan tidak dibenarkan ke negara itu. Para penduduk Britain dan Ireland perlu menjalani kuarantin di hotel diluluskan pemerintah selama 10 hari.



Jerman juga mengesahkan pasangan suami isteri yang terkena virus Omicron selepas mereka diuji positif selepas pulang dari Afrika Selatan minggu lalu. Sekurang-kurangnya seorang lagi dikhuatiri dijangkiti virus itu.



Belgium dan Italy juga masing-masing melaporkan sekurang-kurangnya satu kes. Denmark juga sedang meneliti dua kes dari Afrika Selatan.



Australia turut mengetatkan sempadannya selepas dua individu dari selatan Afrika diuji positif.



Negara itu mengenakan sekatan baru bagi mereka yang telah ke sembilan negara Afrika.



Para penumpang dari negara-negara itu yang sampai ke Sydney kelmarin dihantar ke hotel bagi menjalani kuarantin selama 14 hari. Mereka juga perlu diuji dengan segera.



Pelawat asing yang ke Sydney dan Melbourne perlu menjalani pengasingan diri selama 72 jam di tempat penginapan mereka. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >