Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nelayan ditembak tentera laut Indonesia: China

Jun 20, 2016 | 09:35 AM



BEIJING/JAKARTA: Seorang nelayan China tertembak dan cedera sedang kapal beliau dipintas oleh tentera laut Indonesia, kata Kementerian Luar China, dalam konfrontasi ketiga yang dilaporkan antara dua negara itu di Laut China Selatan sejak Mac.



Ini datang selepas Indonesia berkata pada Ahad (19 Jun) ia melepaskan tembakan amaran terhadap nelayan China yang sedang menangkap ikan secara haram berhampiran Kepulauan Natuna, tetapi tidak menyatakan tentang sembarang kecederaan.



Jurucakap Kementerian Luar China, Cik Hua Chunying, berkata bot nelayan itu berada di "kawasan menangkap ikan tradisional" apabila ia "diganggu dan diserang" oleh kapal perang Indonesia pada Jumaat lalu.



Beliau berkata dalam kenyataannya pada Ahad bahawa China menghantar pengawal pantai untuk melindungi kapal tersebut dan menyelamatkan nelayan itu, yang dibawa ke wilayah Hainan selatan untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.



Beijing telah menyatakan "bantahan kuat" kepada Jakarta, yang menahan tujuh lagi nelayan China dan sebuah bot nelayan.



"China menggesa Indonesia supaya jangan mengambil tindakan lanjut yang merumitkan, meningkatkan atau menjejaskan keamanan dan kestabilan, dan untuk menggunakan pendekatan membina bagi isu perikanan maritim," kata Cik Hua.



China tidak mempertikai kedaulatan Indonesia ke atas Kepulauan Natuna.



Komander Pangkalan Laut Ranai di wilayah Kepulauan Riau, Kolonel Arif Badruddin, berkata kepada akhbar The Straits Times pada Ahad kapal perang tentera laut ternampak bot Yueyandong Yu 19038 yang membawa bendera China menangkap ikan di zon ekonomi eksklusif Indonesia (EEZ) pada Jumaat.



Beliau berkata tentera laut mengesan perbualan radio antara 12 kapal China dalam EEZ Indonesia dan menghantar kapal perang ke kawasan tersebut. Bot-bot China itu bertaburan dan cuba mengelak tangkapan dan tembakan amaran dilepaskan.



"Tembakan amaran kami tidak diendahkan oleh itu, mengikut prosedur biasa, kami menembak ke arah haluan (Yueyandong Yu) untuk menghentikan kapal itu," katanya.



Tentera laut berjaya menahan bot itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >