Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nenek 90 tahun pertama di dunia terima vaksin

Dec 09, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Cik Margaret Keenan, nenek berusia 90 tahun dari Britain, menjadi orang pertama di dunia yang menerima vaksin Pfizer Covid-19 di luar ujian percubaan menyusuli persetujuan klinikal.



Sebagai seorang yang sering bangun awal, Cik Keenan menerima suntikan itu di hospital tempatan di Coventry, tengah England, semalam - seminggu sebelum beliau menyambut ulang tahunnya yang ke-91 tahun.



Vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer bersama BioNTech sebelum ini mendapat kelulusan bagi kegunaan kecemasan di Britain.



Langkah itu membolehkan Britain menjadi antara negara terdahulu untuk melindungi penduduknya.



Jabatan Kesihatan dan Jagaan Masyarakat Britain berkata tiada jalan pintas untuknya meluluskan vaksin itu.



Kerajaan Britain menyatakan, kakitangan jagaan kesihatan barisan hadapan dan para penghuni rumah rawatan akan menjadi golongan pertama untuk menerima vaksin tersebut.



Mereka akan diikuti oleh golongan lanjut usia.



Vaksin Pfizer-BioNTech adalah antara sejumlah vaksin Covid-19 yang sedang dinilai pihak berkuasa Britain dalam minggu-minggu mendatang.



Inokulasi (suntikan ubat) secara besar-besaran diharap akan membantu dunia memerangi Covid-19 yang telah pun menjejas ekonomi dunia dan mengorbankan lebih 1.5 juta penduduk dunia, walaupun cara penyimpanannya yang perlukan udara yang amat sejuk dan masalah logistik akan mengehadkan penggunaaanya buat waktu ini.



"Saya rasa sangat bertuah menjadi orang pertama yang menerima vaksin Covid-19," kata Cik Keenan.



"Ini adalah hadiah ulang tahun yang terbaik kerana ini bermakna saya akhirnya akan dapat meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan pada Tahun Baru selepas menghabiskan masa bersendirian sepanjang tahun ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >