Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nenek 90 tahun pertama di dunia terima vaksin Pfizer

Dec 08, 2020 | 04:47 PM



LONDON: Margaret Keenan, seorang nenek berusia 90 tahun, pada Selasa (8 Dis) menjadi orang pertama di dunia menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer di luar fasa percubaan sedang Britain mula memberi penduduknya vaksin.



Cik Keenan menerima vaksin itu di hospital setempatnya di Coventry, tengah England, pada pagi Selasa, seminggu sebelum menyambut ulang tahunnya yang ke-91.


Britain mula menawarkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech pada Selasa, negara pertama untuk mula memberi vaksin kepada penduduknya dalam apa yang dikatakan sebagai titik perubahan dalam usaha menewaskan koronavirus itu.


"Saya rasa beruntung menjadi orang pertama menerima vaksin terhadap Covid-19. Saya tidak sabar meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan saya dalam tahun baru setelah banyak bersendirian tahun ini," kata Cik Keenan.


Britain adalah negara Eropah yang paling teruk terjejas oleh Covid-19 dengan lebih 61,000 kematian, tetapi Perdana Menteri Boris Johnson berharap untuk mengubah keadaan dengan melancarkan vaksin Pfizer/BioNTech sebelum Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >