Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nenek tiri Najib antara mangsa korban nahas MH17

Jul 18, 2014 | 08:03 PM



PETALING JAYA: Nenek tiri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak, Cik Sri Siti Amirah, adalah antara mangsa yang dipercayai terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.


Menurut jurucakap keluarga, Cik Siti sedang dalam perjalanan pulang ke Jogjakarta, Indonesia, secara bersendirian dari Amsterdam dan berhasrat melakukan persinggahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Citi Siti, 83 tahun, pernah berkahwin dengan Tan Sri Mohammad Noah Omar sebagai isteri keduanya.


Tan Sri Noah, yang meninggal dunia pada 1990, adalah datuk kepada Datuk Seri Najib.


"Beliau adalah seorang wanita yang amat baik, cantik dan baik hati. Beliau adalah suri rumah yang menjaga datuk saya dengan sangat baik.


"Kami memanggilnya ibu," kata jurucakap keluarga Datin Faridah Abdullah kepada akhbar The Star melalui telefon.


Dr Faridah, yang juga pengerusi Yayasan Mohammad Noah, berkata bahawa Cik Siti pergi ke Amsterdam untuk bercuti bersama anak perempuan beliau dari perkahwinan pertamanya.


Beliau menambah anak perempuan Cik Siti, yang tidak boleh dinamakan pada ketika ini, sepatutnya mengikuti ibu beliau dalam perjalanan pulang tetapi tidak boleh mendapatkan penerbangan yang sama dengan Cik Siti.


Dr Faridah berkata, Cik Siti, yang berasal dari Indonesia, dan anaknya telah merancang untuk menyambut Hari Raya di Jogjakarta.


"Beliau mempunyai keluarganya sendiri di Amsterdam dan kadang-kala berulang-alik. Beliau juga kerap mengunjungi Malaysia dan mencintai Malaysia," kata Dr Faridah. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >