PARIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhadapan kritikan meluas dan didesak agar terlibat dalam proses damai apabila memulakan lawatan ke Eropah kelmarin, menyusuli keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam pertemuan pertamanya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Encik Netanyahu diminta melibatkan diri semula dengan Palestin bagi membina muhibah berikutan bantahan meluas berkaitan Baitulmakdis.