NEW YORK: Gabenor New York dan New Jersey kelmarin mengisytiharkan keadaan darurat dan menggesa para penduduk agar tidak keluar rumah, ekoran ribut salji yang melanda timur laut Amerika Syarikat sehingga menyebabkan ribuan penerbangan ditunda atau dibatalkan.
Ribut salji besar yang pertama di negara itu pada tahun ini telah menyebabkan suhu menjunam kepada -32 darjah selsius. Angin kencang dari Lembah Mississippi ke pantai Atlantik dengan sebahagian New England, termasuk Boston, dijangka menyebabkan salji hingga setebal 36 sentimeter.