Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

New Zealand larang senapang serangan, senjata separuh automatik

Mar 21, 2019 | 03:12 PM



WELLINGTON: New Zealand hari ini (21 Mac) mengumumkan larangan serta-merta ke atas senapang serangan dan senjata separuh automatik gaya tentera.



Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan larangan itu sebagai sebahagian daripada perubahan besar kepada undang-undang senjata negara itu menyusuli serangan di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu yang menyebabkan 50 orang terkorban dan puluhan lain cedera.



Di satu sidang media, beliau berkata serangan pengganasan itu menonjolkan kelemahan undang-undang senjata negara itu.



"Saya sedang mengumumkan bahawa New Zealand akan melarang semua senjata separuh automatik gaya tentera. Kami juga akan melarang semua senapang serangan," kata Cik Ardern, sambil mengumumkan langkah sementara yang akan menghentikan pembelian tergesa-gesa sebelum undang-undang mengenai langkah itu berkuatkuasa.



Beliau menambah bahawa alat lelopak peluru berkapasiti besar dan peralatan serupa 'bump stock' - yang membuat senapang menembak lebih cepat - akan juga dilarang.



"Pendek kata, semua senjata separuh-automatik yang digunakan dalam serangan pengganasan Jumaat lalu akan dilarang di negara ini," katanya.



Cik Ardern juga mengumumkan tentang skim pembelian balik antara NZ$100 juta dan NZ$200 juta ($92 juta and $185 juta), bergantung pada bilangan senjata yang diterima.



Sesiapa yang menyimpan senjata api selepas tempoh pengampunan akan menghadapi denda sehingga NZ$4,000 dan tiga tahun penjara. 



Serangan Jumaat lalu dilakukan menggunakan senapang separuh automatik termasuk AR-15.



Australia melarang senjata separuh automatik dan melancarkan pembelian balik senjata selepas pembunuhan beramai-ramai di Port Arthur pada 1996 dengan 35 orang ditembak mati. Senapang AR-15 digunakan di Port Arthur.



Cik Ardern berkata bahawa serupa Australia, undang-undang senjata baru itu akan membenarkan pengecualian ketat bagi penternak melakukan kawalan binatang perosak dan kesejahteraan haiwan. - AFP / REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >