New Zealand perketat undang-undang antipengganasan susuli serangan pasar raya, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

New Zealand perketat undang-undang antipengganasan susuli serangan pasar raya

Sep 04, 2021 | 02:51 PM

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, berikrar pada Sabtu (4 September) bagi memperketat undang-undang menentang pengganasan bulan ini selepas militan yang sudah dikenal pasti pihak berkuasa menikam dan mencederakan tujuh pelanggan di sebuah pasar raya.

Polis telah menembak mati penyerang berusia 32 tahun itu, seorang warga Sri Lanka, yang dituduh dan dipenjara selama tiga tahun sebelum ini dan dibebaskan pada Julai lalu. Serangan kejam di pasar raya Countdown berlaku pada Jumaat (3 September).

Cik Ardern awalnya berkata, lelaki itu melakukan perbuatan tersebut kerana terdorong oleh kumpulan militan ISIS. Dia dipantau sentiasa tetapi tidak dapat terus dipenjara mengikut ketetapan undang-undang. 

"Saya komited melakukannya (perketat undang-undang menentang pengganasan) sejurus Parlimen bersidang semula. Kita akan tamatkan usaha ini. Ini bererti berusaha meluluskan undang-undang ini secepat mungkin dan tidak lewat daripada hujung bulan ini," kata Cik Ardern dalam satu sidang media.

Rang Undang-Undang Menentang Pengganasan memutuskan langkah merancang dan mempersiapkan sesuatu yang membawa pada serangan pengganas sebagai satu perbuatan jenayah. Ini sejajar dengan saranan pengkritik bahawa terdapat lowongan yang membolehkan perancang serangan kekal bebas daripada hukuman.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, Cik Ardern berkata, tidak adil untuk menganggap undang-undang lebih ketat ini akan membawa perubahan dalam kes ini.

"Kes ini melibatkan seorang individu yang bersungguh-sungguh ingin menyerang dan menggunakan kunjungan ke pasar raya sebagai menutupi niatnya menyerang. Situasi ini amat berat untuk diandaikan," katanya.

Cik Ardern berkata penyerang ini mula mendapat perhatian polis pada 2016 kerana dia menyokong ideologi ganas ISIS.

Pihak polis mengekori lelaki ini apabila dia ke pasar raya Countdown di pusat beli-belah New Lynn di Auckland. Mereka menyangka dia ke sana untuk membeli-belah tetapi dia mengambil pisau yang dijual bagi menikam pelanggan di situ.

Polis menembaknya dalam masa seminit setelah serangan bermula.

Cik Ardern menambah lelaki itu tiba di New Zealand pada 2011 dengan menggunakan visa pelajar lantas tidak diketahui mempunyai sebarang pandangan ekstrem.

Polis mengesannya pada 2016 apabila dia melahirkan simpati di Facebook atas serangan militan dan video yang bersangkutan dengan perang ganas serta komen yang menggalak pengganasan ekstrem.

Pada Mei 2017, dia ditangkap di lapangan terbang Auckland di mana pihak berkuasa mempercayai dia ingin ke Syria. Dia didakwa di mahkamah selepas karya penerbitan terlarang dan pisau memburu ditemui di rumahnya tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada Ogos 2018, dia membeli lagi pisau dan diberkas serta dipenjara. Dia dibebaskan pada Julai lalu apabila pemantauan bermula, tambah Cik Ardern.

Cik Ardern diberikan taklimat mengenai kes ini pada lewat Julai lalu dan satu lagi taklimat disampaikan kepadanya lewat bulan lalu. Pihak berkuasa termasuk Pesuruhjaya Polis mengusulkan kemungkinan melaksanakan pindaan pada undang-undang menentang pengganasan.

Menurut Cik Ardern lagi, beliau ingin menjelaskan mengapa si penyerang tidak dibuang negara tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana melakukannya akan melanggar perintah penindasan mahkamah, yang juga akan menghalangnya daripada mengenal pasti penyerang itu.

Walau bagaimanapun, beliau tiada hasrat menamakan lelaki itu.

"Tiada pengganas, sama ada hidup atau mati, berhak untuk dikongsi namanya kerana keinginan mereka untuk dikenali di atas kekejaman yang dilakukan," tambahnya. 

Kumpulan pasar raya New Zealand, Countdown, dalam pada itu, pada Sabtu, telah menyimpan semua pisau dan gunting daripada rak-rak jualannya sambil mempertimbangkan jika mereka ingin terus menjual barangan itu.

"Kami mahu semua anggota pasukan kami rasa selamat apabila mereka datang bekerja," kata pengurus besar Countdown bagi keselamatan, Kiri Hannifin, dalam kenyataan medianya.

Rangkaian pasar raya lain juga telah menyimpan pisau tajam di rak-rak jualannya, lapor media New Zealand. - Reuters.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map