Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

News Corp akan potong pekerjaan akhbar, radio UK: Memo

Jun 11, 2020 | 03:35 PM



LONDON: Syarikat media, News Corp, milik Encik Rupert Murdoch perlu mengurangkan pekerjaan dalam operasi akhbar dan radio Britain sebagai sebahagian daripada tinjauan perniagaan yang bertujuan untuk mengurangkan kos, kata Ketua Eksekutif News UK, Cik Rebekah Brooks, dalam surat kepada kakitangannya semalam.



"Dalam beberapa bulan mendatang, kita perlu menyusun semula perniagaan dan mengambil beberapa keputusan yang sukar, mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa rakan sekerja yang dihargai dan berbakat," kata Brooks dalam surat yang dilihat oleh agensi berita Reuters.



Surat itu tidak menyebutkan skala atau jumlah kehilangan pekerjaan yang akan terjadi setelah langkah tersebut.



Kajian itu dipicu oleh kesan wabak koronavirus dan perintah sekatan yang dilaksanakan, menurut jurucakap News UK.



"Untuk menjamin masa depan jenama kami, dalam beberapa bulan mendatang, kami perlu menyusun semula perniagaan dan mengambil beberapa keputusan yang sukar," kata jurucakap itu kepada Reuters dalam satu kenyataan melalui e-mel.



News UK merangkumi akhbar Times of London, The Sunday Times dan The Sun, bersama dengan Virgin Radio, talkSPORT dan talkRADIO.



Perkembangan itu muncul menyusuli penjunaman pendapatan pengiklanan akibat penularan koronavirus yang mempercepat penurunan dalam sektor media di banyak bahagian dunia.



Penularan koronavirus juga telah mempercepat penurunan iklan cetak dan penjualan. 



Tekanan terhadap media tradisional di beberapa bahagian di dunia telah terbukti selama bertahun-tahun ketika pengiklan mengejar jangkauan penonton gergasi Internet seperti Facebook Inc dan Google milik Alphabet Inc.



Kumpulan Australia News Corp menyatakan akhir bulan lalu, ia akan berhenti mencetak lebih dari 100 suratkhabar serantau, sambil menambah bahawa penutupan itu akan menyebabkan pemotongan pekerjaan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >