Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri penerbangan dalam krisis

May 07, 2020 | 05:30 AM



Saham SIA rancak diperdagang



SAHAM Singapore Airlines (SIA) didagang secara aktif pada hari pertama dagangan saham tanpa hak (ex-rights), menjelang usaha pengumpulan modal $8.8 bilion bagi mengharungi krisis koronavirus.



Saham dibuka pada harga $4.235 semalam, iaitu $1.675 or 28.3 peratus lebih rendah daripada hari sebelumnya.



Ia kemudian meningkat kepada $4.77 menjelang tengah hari setelah sekitar 21.3 juta saham bertukar tangan, menjadikan SIA kaunter saham paling aktif dari segi nilai dan jumlah di Bursa Singapura (SGX).




Syarikat penerbangan Amerika saksi purata 17 penumpang domestik, 29 penumpang antarabangsa



SYARIKAT penerbangan di Amerika Syarikat kini secara bersama menanggung kerugian lebih AS$10 bilion ($14 bilion) dalam bentuk tunai sebulan dan mempunyai jumlah penumpang purata kurang dua dozen penumpang bagi setiap penerbangan domestik ekoran Covid-19.



Demikian menurut kumpulan dagangan industri, Airlines for America dalam satu kenyataan yang dilihat oleh agensi berita Reuters, menjelang satu sesi Senat Amerika.



Walaupun selepas menghentikan operasi lebih 3,000 pesawat atau hampir 50 peratus daripada pesawat aktif, kumpulan itu berkata anggotanya yang terdiri daripada empat syarikat penerbangan terbesar Amerika - menyaksikan 17 penumpang, secara purata bagi setiap penerbangan domestik dan 29 penumpang bagi penerbangan antarabangsa.




Qatar Airways akui kekeringan rizab tunai



QATAR Airways telah memberi amaran kepada pekerjanya tentang pemberhentian kerja yang agak signifikan, di tengah-tengah permintaan merosot disebabkan Covid-19.



Syarikat penerbangan milik kerajaan itu, antara syarikat penerbangan sejagat yang masih menjalankan khidmat dijadualkan, telah berkata pada Mac lalu bahawa ia sudah kekeringan rizab tunai dan lambat-laun akan mendapatkan bantuan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >