Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LONJAKAN KES OMICRON

NSW di Australia dijangka kenakan semula sekatan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Negeri New South Wales (NSW) di Australia, yang menempatkan Sydney dan sepertiga penduduk Australia seramai 25 juta orang, akan mengenakan semula sekatan termasuk menutup kelab malam dan membatalkan pembedahan tidak penting akibat jangkitan koronavirus yang mencapai tahap rekod, kata akhbar Sydney Morning Herald semalam.



Langkah itu dijangka diluluskan jawatankuasa pemulihan ekonomi pemerintah negeri semalam dalam usaha meredakan tekanan ke atas hospital, kata laporan itu, sambil menukil sumber pemerintah kanan.



Kafe dan restoran akan mempunyai had muatan dan kesemua pelanggan perlu duduk manakala nyanyian dan menari dilarang di kelab malam, kata akhbar itu lagi.



Sekatan itu akan disifatkan sebagai langkah keselamatan berbanding perintah berkurung.



NSW, negeri Australia yang paling teruk terjejas oleh varian koronavirus Omicron, mencatatkan rekod bagi jangkitan harian sepanjang beberapa hari lalu, sekali gus menjejas kemudahan ujian, khidmat kecemasan dan hospital.



Mereka yang dimasukkan ke hospital NSW dengan Covid-19 naik dua kali ganda dengan mencatat rekod 1,609 dalam hanya lebih seminggu.



Terdapat sekitar 150 kes setiap hari di negeri itu pada November tahun lalu, apabila kes Omicron pertama dikesan.



Bilangan tersebut melonjak kepada 35,000 kelmarin.



Pemimpin NSW, Encik Dominic Perrottet, dengan tegas menolak melaksanakan sekatan, sekali gus menolak gesaan daripada doktor dan pekerja kesihatan dengan menyatakan sudah tiba masanya warga hidup dengan Covid-19.



Pejabat pemimpin itu tidak memberikan respons dengan serta-merta kepada permintaan yang mahu komen berhubung laporan Herald itu.



Negeri jiran Victoria telah mengembalikan semula sekatan sehari sebelumnya yang akan mengehadkan pengunjung ke kelab malam.



Meski berjaya menangani kes Covid-19 menerusi perintah berkurung dengan serta-merta, dan peraturan sempadan serta penjarakan sosial yang ketat pada peringkat awal pandemik, Australia kini mengalami kadar jangkitan jauh lebih tinggi daripada negara lain di rantau Asia-Pasifik.



Pihak berkuasa telah memberi amaran bilangan itu akan meningkat terus sepanjang beberapa minggu akan datang.



Australia mencatat lebih daripada 684,000 kes dan 2,301 kematian sejak bermulanya pandemik, dengan lebih daripada separuh jangkitan itu dilaporkan sepanjang dua minggu lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >