CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, berkata semalam beliau akan mengumumkan undang-undang senjata baru dalam beberapa hari, selepas seorang lelaki bersenjata membunuh 50 orang dalam kejadian tembakan besar-besaran di dua masjid di bandar Christchurch.
Warga Australia, Brenton Tarrant, 28 tahun, Sabtu lalu didakwa melakukan pembunuhan itu. Tarrant akan kembali ke mahkamah pada 5 April dan polis berkata dia mungkin menghadapi lebih banyak pertuduhan.