Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NZ rancang terima pelawat lengkap divaksin dari negara risiko rendah mulai tahun depan

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: New Zealand merancang membenarkan kemasukan tanpa kuarantin bagi pengembara yang lengkap divaksin dari negara berisiko rendah bermula awal tahun depan.



Perdana Menteri Jacinda Ardern semalam berkata, ia sebahagian daripada pembukaan semula sempadannya secara bertahap selepas sempadan negara itu ditutup sejak tahun lalu akibat Covid-19.



Cik Ardern berkata, kerajaan akan beralih ke model pelan pemulihan baru dengan pengembara antarabangsa akan dinilai berdasarkan status vaksinasi dan rekod perjalanan ke negara berisiko sederhana dan tinggi.



Berdasarkan penilaian itu, katanya, kerajaan akan menentukan sama ada mereka tidak perlu menjalani kuarantin, melaksanakan pengasingan diri atau kuarantin wajib 14 hari.



"Pengembara dari negara berisiko rendah yang sudah lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan tanpa kuarantin, manakala mereka yang datang dari negara berisiko sederhana dan tinggi perlu menjalani kuarantin wajib dua minggu.



"Kami belum dapat membuka semula (sempadan) sepenuhnya. Kita perlu lakukan dengan penuh berhati-hati dan teliti atau negara ini juga berdepan risiko seperti negara lain (peningkatan kes akibat varian Delta)," kata Cik Ardern dalam ucapannya di sebuah forum mengenai menghubungkan semula warga New Zealand dengan dunia, semalam.



Cik Ardern menegaskan negara itu akan menutup pintu sempadannya sehingga hujung tahun ini.



BBC melaporkan, langkah itu merupakan strategi paling berkesan menghapuskan Covid-19 dan membuka semula sektor ekonomi.



Jelasnya, negara itu akan memperkenalkan model berasaskan risiko individu baru bagi perjalanan bebas kuarantin awal tahun depan.



Cik Ardern turut menegaskan keutamaan semua penduduk menerima suntikan vaksin sehingga hujung tahun ini.



New Zealand hanya merekodkan 26 kes kematian daripada populasi penduduknya seramai lima juta orang.



Cik Ardern sebelum ini mendapat pujian global kerana berjaya membendung penularan Covid-19 apabila hanya mencatatkan 26 kematian dan 2,500 kes jangkitan virus itu.



Pelaksanaan kawalan sempadan yang ketat dan perintah berkurung merupakan tindakan yang dilaksanakan dalam memastikan kadar jangkitan sentiasa rendah.



Beliau juga berkata, kerajaan akan mempercepatkan program vaksinasi kepada semua lapisan usia yang layak sebelum hujung tahun ini.



"Ia juga akan beralih ke jarak masa enam minggu antara dos pertama dengan dos kedua bagi membolehkan lebih ramai penduduk negara itu mendapatkan sekurang-kurangnya dos pertama vaksin," ujarnya.



Gelembung perjalanan dengan Australia terpaksa ditangguhkan sementara sejak Jun lalu, berikutan penularan varian Delta dan perjalanan bebas kuarantin hanya dibenarkan dengan negara berisiko rendah seperti kepulauan Cooks selain membawa masuk pekerja secara bermusim dari negara Tonga, Samoa and Vanuatu mulai bulan ini. - Agensi berita.




"Kami belum dapat membuka semula (sempadan) sepenuhnya. Kita perlu lakukan dengan penuh berhati-hati dan teliti atau negara ini juga berdepan risiko seperti negara lain (peningkatan kes akibat varian Delta)."
- Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >