NZ tamat langkah jarak selamat esok setelah atasi koronavirus, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

NZ tamat langkah jarak selamat esok setelah atasi koronavirus

Jun 08, 2020 | 02:15 PM

WELLINGTON: New Zealand akan menamatkan langkah jarak selamat selepas negara itu tidak lagi mencatatkan sebarang kes aktif Covid-19 setelah pesakit terakhir di negara berkenaan disahkan sembuh dan dikeluarkan dari pengasingan.

Perdana Menteri, Cik Jacinda Ardern menyatakan hari ini, semua larangan yang masih dilaksanakan ke atas orang ramai dan perniagaan, selain kawalan sempadan yang ketat bagi mencegah penularan virus, akan ditamatkan pada tengah malam ini.

Ini sekaligus membuka jalan bagi mengembalikan kehidupan seperti biasa. 

Negara Pasifik Selatan itu sebelumnya melaporkan bahawa pesakit koronavirus terakhirnya telah pulih, menjadikannya salah satu dari beberapa negara di dunia yang berjaya membasmi virus tersebut.

"Kami bersatu dengan cara yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk membateras virus ini," kata Cik Ardern pada sidang media di Wellington. 

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Tujuan kami adalah untuk melangkah ke seberang dengan secepat dan seselamat mungkin. Kami kini mempunyai permulaan awal dalam pemulihan ekonomi kami," tambahnya.

Butiran pesakit terakhir itu tidak dinyatakan, namun dipercayai seorang wanita berusia 50-an yang dikaitkan dengan kluster rumah penjagaan di Auckland.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Encik Ashley Bloomfield, berkata ia adalah satu berita baik dan pencapaian kepada keseluruhan New Zealand.

"Tidak mempunyai sebarang kes aktif untuk kali pertamanya sejak 28 Februari lalu adalah satu signifikan penting dalam usaha ini, tetapi seperti apa yang kami katakan sebelum ini, sikap berwaspada perlu diutamakan bagi menentang penularan wabak COVID-19," katanya.

New Zealand berjaya menangani pandemik ini apabila tujuh minggu sekatan ketat dilaksanakan yang berakhir pada bulan lalu.

Negara Pasifik Selatan dengan populasi lima juta itu mempunyai 1,154 kes disahkan dengan 22 kematian, namun sejak 17 hari lalu tiada kes baharu dilaporkan dan hanya satu kes aktif dicatatkan sepanjang minggu lalu. - Agensi

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map