WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memberitahu Russia bahawa "kuat bukan bermakna benar" tetapi menolak sebarang tindakan ketenteraan Amerika di Ukraine.
Dalam satu temu bual dengan stesen NBC California KNSD, Encik Obama berkata Russia sudah mencabuli kedaulatan negara lain dengan memasuki wilayah Ukraine, Crimea.