Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama gesa tikai Laut China Selatan dihurai secara aman

May 24, 2016 | 03:01 PM



HANOI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa pada Selasa (24 Mei) agar pertikaian wilayah di Laut China Selatan "diselesaikan secara aman", selepas membatalkan larangan menjual senjata kepada Vietnam dek kebimbangan tentang pembangunan ketenteraan China.



"Negara besar tidak harus membuli negara lebih kecil" dan "pertikaian perlu diselesaikan secara aman", kata Encik Obama dalam satu ucapan di Hanoi, pada hari kedua lawatannya ke Vietnam.



Beliau juga dijangka membentangkan lebih banyak tentang rancangannya menjalin perikatan lebih kukuh dengan Vietnam.



Pembatalan larangan menjual senjata kepada Vietnam mencadangkan kebimbangan Amerika tentang penambakan pulau di Laut China Selatan dan pengerahan radar canggih serta peluru berpandu di rantau yang dipertikai itu oleh China melebihi kebimbangannya mengenai rekod hak asasi manusia di Vietnam.



Selama bertahun-tahun Washington berkata penarikan balik larangan itu memerlukan langkah-langkah konkrit oleh Vietnam dalam membenarkan kebebasan bersuara, beribadah dan perhimpunan, dan pembebasan tahanan politik.



Dalam satu sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Vietnam, Encik Tran Dai Quang, pada Isnin, Encik Obama berkata Vietnam telah membaiki secara "sederhana" rekod hak asasi manusianya dan keputusan membatalkan larangan penjualan senjata itu dibuat dengan mengambil kira perubahan dinamik dalam hubungan dan "bukan disebabkan China".



Bagaimanapun, akhbar tabloid Global Times China, yang dikendalikan oleh akhbar rasmi Parti Komunis China, Harian Rakyat, berkata itu satu pembohongan dan Amerika bersedia melonggarkan piawaian hak asasi manusia demi membendung China.



Rumah Putih "mengambil kesempatan daripada Vietnam untuk mencetuskan lebih banyak masalah di Laut China Selatan", katanya.



Encik Obama juga bercakap mengenai rancangan Amerika hendak bekerja lebih rapat dalam bidang pertahanan dengan Vietnam, yang berminat membina penghalang terhadap China. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >