TOKYO: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memberi jaminan kepada sekutunya, Jepun, bahawa Washington komited kepada pertahanannya, termasuk kepulauan kecil yang kini dipertikaikan dengan China, tetapi menafikan beliau telah menetapkan "garis merah" untuk China.
Encik Obama juga menggesa Jepun supaya mengambil "langkah berani" bagi memeterai perjanjian dagangan dua hala yang dilihat sebagai penting kepada perjanjian serantau yang lebih luas.