Obama: Keputusan tribunal mengenai Laut China Selatan 'mengikat', Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Obama: Keputusan tribunal mengenai Laut China Selatan 'mengikat'

Sep 08, 2016 | 02:09 PM

VIENTIANE: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memberi amaran pada Khamis (8 Sep) keputusan tribunal antarabangsa bahawa tuntutan luas China ke atas Laut China Selatan tidak mempunyai asas undang-undang "mengikat", selepas Beijing bertegas akan mengabaikan keputusan itu.

"Keputusan mercu tanda timbang tara pada Julai, yang mengikat, membantu menjelaskan hak maritim di rantau ini," kata Encik Obama dalam sidang puncak pemimpin Asean di Laos.

Kenyataan itu pasti mengundang kemarahan Beijing, yang semakin mengambil pendirian bersengketa berhubung tuntutan di laluan air penting itu.

Encik Obama menggesa China mematuhi kedaulatan undang-undang dan tidak mengambil langkah-langkah sepihak yang boleh menimbulkan ketegangan.

China sebaliknya menuduh Amerika campur tangan dan menggunakan keputusan itu untuk menyemarak konfrontasi.

Discover Malay Home Based Businesses

"Saya sedar ini menaikkan ketegangan," kata Encik Obama, merujuk kepada keputusan itu, "tetapi saya juga bersedia membincangkan cara kita boleh secara membina bergerak ke depan bersama-sama untuk mengurangkan ketegangan dan menggalak an diplomasi dan kestabilan."

Malah sebelum kenyataan Encik Obama itu, pertikaian antara Filipina dan China telah membayangi sidang puncak Asia Timur dan Tenggara di Laos itu.

Manila mengeluarkan gambar yang menurutnya menunjukkan kegiatan pembinaan baru di kawasan dipertikai dua negara itu di Gosong Scarborough. Ttuduhan dinafikan Beijing dan diremehkan Washington. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map