WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, kelmarin memberi amaran kepada Russia bahawa campur tangan ketenteraan di Ukraine akan membawa kesan besar.
Menurutnya, sebarang pencabulan ke atas kedaulatan Ukraine akan menyebabkan keadaan tidak stabil, sedang ketegangan dengan Presiden Vladimir Putin itu pula mengancam mengembalikan era Perang Dingin.