Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama kritik pengarah FBI

Nov 03, 2016 | 10:42 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengkritik keputusan pengarah Biro Siasatan Federal (FBI) memberi amaran kepada Kongres pada Jumaat mengenai penemuan e-mel baru berkaitan kes pelayan Cik Hillary Clinton, dan membayangkan tindakan beliau melanggar garis panduan siasatan dan merupakan perbuatan memperdagang sindiran.



"Kami tidak beroperasi berdasarkan maklumat tidak lengkap," kata Encik Obama dalam satu temu bual dengan NowThis News yang disiarkan pada Rabu (2 Nov). "Kami tidak beroperasi berdasarkan kebocoran. Kami beroperasi berdasarkan keputusan konkrit yang dibuat."



"Semasa ini selesai disiasat dengan teliti sebelum ini, keputusan FBI, kesimpulan Jabatan Kehakiman, kesimpulan siasatan berulang kali kongres ialah beliau (Cik Clinton) membuat beberapa kesalahan tetapi tidak ada sembarang kesalahan itu yang boleh dikenakan dakwaan," kata Encik Omaba.



Beliau tidak menyebut nama pengarah FBI, Encik James B. Comey, tetapi jelas merujuk kepadanya.



Sambil mengisytiharkan beliau berusaha agar tidak dilihat campur tangan dalam proses bebas membuat penilaian ini, Encik Obama melahirkan keyakinan pada Cik Clinton.



"Saya percaya beliau," katanya. "Saya kenal beliau. Dan saya tidak akan menyokong beliau jika saya tidak mempunyai keyakinan mutlak pada integriti beliau dan minatnya dalam memastikan anak-anak muda mempunyai masa depan lebih baik."



Pegawai Rumah Putih kemudian menegaskan Encik Obama tidak bermaksud mengkritik Encik Comey.



Selama beberapa hari lalu, FBI menganalisis e-mel milik Cik Huma Abedin, penasihat utama Cik Clinton, yang ditemui semasa siasatan tidak berkaitan ke atas bekas suami beliau, bekas ahli kongres Anthony D. Weiner.



Dalam surat kepada Kongres, Encik Comey berkata e-mel itu mungkin ada kaitan dengan siasatan ke atas tindakan Cik Clinton menggunakan pelayan e-mel peribadi bagi urusan pemerintah.



Ini walaupun pihak berkuasa telah menutup kes Cik Clinton itu Julai lalu tanpa mengenakan sembarang tuduhan.



Tindakan Encik Comey dianggap sebahagian pihak sebagai salah kerana boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya Amerika pada 8 November. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >