WASHINGTON: Presiden Barack Obama, yang menghadapi tekanan daripada beberapa ahli Kongres agar menyediakan lebih banyak bantuan kepada pembangkang Syria, telah meminta Kongres Amerika Syarikat meluluskan $500 juta ($630 juta) bagi melatih dan melengkapi pemberontak Syria yang ingin menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Ia langkah paling ketara oleh pentadbiran Obama dalam membantu penentang Presiden Assad yang kecewa kerana kurangnya bantuan Amerika selepas Presiden Obama berundur daripada melancarkan serangan udara ke atas Syria lebih setahun lalu.