Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Obama: Misi mencari MH370 "satu keutamaan"

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Obama: Misi mencari MH370 "satu keutamaan"

Mar 20, 2014 | 10:59 AM

WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata, usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang, MH370, adalah "satu keutamaan" untuk Amerika Syarikat dan ia menawarkan setiap sumber yang ada - termasuk Biro Siasatan Federal (FBI) - untuk mencarinya.

Dalam komen pertamanya tentang misteri kehilangan pesawat MAS itu, Encik Obama mendoakan kesejahteraan kepada sanak saudara para penumpang yang masih hilang.

"Saya ingin mereka berasa terjamin bahawa kami memberikan sepenuh keutamaan (terhadap usaha mencari pesawat)," katanya semasa ditemuramah di Rumah Putih hari ini oleh wartawan KDFW, sebuah saluran televisyen Dallas.

"Kami telah meletakkan segala sumber yang ada bagi proses mencari ini. Ia dilakukan dengan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia," tambahnya.

Encik Obama berkata, FBI serta Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dan mana-mana agensi atau pegawai yang terlibat dalam bidang penerbangan sedia dikerahkan untuk melakukan siasatan.

Malaysia dalam pada itu telah meminta bantuan FBI untuk mendapatkan semula data daripada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3