WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, telah meminta maaf berhubung insiden serangan udara tentera Amerika ke atas sebuah hospital kendalian Doktor Tanpa Sempadan di Bandar Kunduz, Afghanistan.
Jurucakap Rumah Putih, Encik Josh Earnest, memberitahu media bahawa Presiden Obama menghubungi Ketua Doktor Tanpa Sempadan (MSF), Cik Joanne Liu, untuk memohon maaf dan mengucapkan takziah.