WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, kelmarin menghubungi tiga warga Amerika yang telah bergelut dengan seorang lelaki bersenjata di dalam sebuah kereta api yang sedang menuju ke Paris, dan mengucapkan tahniah kepada mereka di atas keberanian luar biasa mereka itu, menurut Rumah Putih.
Encik Spencer Stone, Encik Aleksander Skarlatos dan Encik Anthony Sadler bergelut, melucutkan senjata dan menewaskan penembak itu Jumaat lalu, selepas lelaki yang disyaki itu melepaskan tembakan dan memasuki salah sebuah gerabak kereta api tersebut bersenjatakan selaras senapang.