OTTAWA: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyertai Turkey dengan menyatakan bahawa militan IS mendalangi serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk yang mengorbankan 41 jiwa.
Beliau telah menghubungi Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk menawarkan bantuan keselamatan Amerika berikutan serangan itu, yang dijangka menjadi tumpuan sewaktu sidang puncak Amerika-Mexico-Canada yang diadakan di Ottawa.