Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Obama umum tarik balik larangan jual senjata kepada Vietnam

May 23, 2016 | 3:20 PM
Presiden Barack Obama dalam satu sidang akhbar bersama Presiden Tran Dai Quang di Pekarangan Istana Presiden di Hanoi, Vietnam, pada Isnin 23 Mei 2016.
Presiden Barack Obama dalam satu sidang akhbar bersama Presiden Tran Dai Quang di Pekarangan Istana Presiden di Hanoi, Vietnam, pada Isnin 23 Mei 2016. - REUTERS

HANOI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berkata pada Isnin (23 Mei) negaranya akan menarik balik sekatan senjata ke atas Vietnam.

"Amerika Syarikat akan menarik balik sepenuhnya pengharaman penjualan peralatan ketenteraan kepada Vietnam yang telah dilaksana sekitar 50 tahun," katanya dalam satu sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Vietnam, Presiden Tran Dai Quang.

Encik Obama berkata langkah itu akan menjadi sebahagian daripada kerjasama pertahanan lebih mendalam dengan Vietnam.

Penyokong langkah tersebut berhujah ia penting bagi membantu Vietnam meningkatkan pertahanan pantainya yang lapuk, yang sebahagian besarnya merupakan peralatan ketenteraan asal Russia, demi menghadapi China.

Bagaimanapun, langkah menarik balik sekatan itu, salah satu daripada sisa-sisa terakhir utama era Perang Vietnam, akan membuat Beijing marah.

China menentang usaha Amerika menjalin ikatan tentera yang kuat dengan jiran-jirannya di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

"Vietnam dialu-alu memperbaiki hubungan dengan sembarang negara lain, termasuk Amerika Syarikat. Namun, pemulihan hubungan baik itu tidak boleh digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai alat bagi mengancam atau merosakkan kepentingan strategik negara ketiga," kata agensi berita rasmi Xinhua dalam sebuah ulasan pada lewat Ahad (22 Mei). - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg