Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Objek bukan serpihan pesawat?

Mar 20, 2014 | 06:15 PM



SEORANG pegawai pemerintah tentera laut Amerika Syarikat, mendakwa isyarat radar yang diterima oleh pesawat P-8 Poseidon dari Lautan Hindi tidak punya kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.


ABC News menukil jurucakap Armada ke-7 Tentera Laut Amerika, Komander William Marks, sebagai menyatakan demikian.


Sebelum ini satelit telah menerima isyarat radar "agak ketara" seakan menandakan ada sesuatu dalam lautan itu.


Menurut komander itu, penerimaan isyarat radar sedemikian adalah sesuatu yang biasa dan ia tidak datang daripada pesawat yang hilang.


Rakaman satelit yang didedahkan kerajaan Australia tengah hari ini menunjukkan objek besar berukuran 24 meter terapung di lokasi kira-kira 2,500km dari barat daya Perth.


Wartawan ABC News, David Wright, yang merupakan satu-satunya wartawan televisyen atas kapal tentera Amerika P-8 Poseidon, memaklumkan rangkaian televisyen itu bahawa petugas pesawat telah memberitahunya bahawa "terdapat sesuatu di bawah (dalam lautan) itu".


Para pegawai Australia menyatakan tengah hari tadi, beberapa serpihan telah kelihatan di bahagian selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi.


Beberapa aset dari Angkatan Tentera DiRaja Australia, Angkatan Tentera Udara DiRaja New Zealand dan Tentera Laut Amerika, telah dikerahkan ke kawasan tersebut.


Kerajaan Australia telah menyatakan pihaknya memerlukan masa sehingga 48 jam bagi mengesahkan objek yang ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >