Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obor Olimpik tiba di Tokyo; sehari lepas berita 'kecewa' penonton dilarang hadir saksikan temasya

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Obor Olimpik tiba di Tokyo semalam - sehari selepas pengumuman yang mengecewakan ramai bahawa penonton dilarang hadir di kebanyakan acara temasya sukan itu disebabkan penguatkuasaan darurat berikutan pandemik Covid-19.



Obor tersebut dibawa naik pentas dalam sebuah tanglung dan diserahkan kepada Gabenor Tokyo Yuriko Koike pagi semalam yang hujan, dua minggu sebelum majlis pembukaan acara sukan besar-besaran itu.



Penganjur Tokyo 2020 dan pegawai pemerintah mengumumkan keputusan mereka untuk melarang penonton dari semua acara Olimpik di bandar tersebut, yang akan menguatkuasakan keadaan darurat sepanjang tempoh sukan tersebut.



Ini bermakna temasya sukan tersebut merupakan Sukan Olimpik pertama yang akan berlangsung secara tertutup.



Kebanyakan acara akan berlangsung di Tokyo namun beberapa acara lain diadakan di luar bandar itu.



Semalam, seorang pegawai Olimpik yang bertanggungjawab terhadap penjualan tiket terlalu sedih dan meminta maaf terhadap mereka yang sudah membeli tiket.



"Kami telah melakukan semua yang perlu bagi memenuhi jangkaan mereka yang telah membeli tiket dan saya rasa kecewa yang mendalam,'' kata Encik Hidenori Suzuki dari jawatankuasa penganjur bagi bahagian pemasaran.



Sementara itu, terdapat beberapa peminat Sukan Olimpik yang melahirkan rasa kecewa dengan pengumuman itu.



"Kami sudah menjangkakannya,'' kata Cik Kyoko Ishikawa, yang menghadiri sukan itu setiap musim panas sejak 30 tahun lalu.



Acara sambutan obor yang diadakan semalam menggambarkan suasana yang menanti atlit semasa acara pembukaan yang akan diadakan di Stadium Nasional.



Keputusan untuk melarang kehadiran penonton dibuat selepas pemerintah menyatakan tempoh darurat akan dikuatkuasakan di Tokyo sepanjang acara sukan tersebut untuk membendung peningkatan jumlah jangkitan dan kebimbangan berkaitan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.



Selepas temasya Olimpik Tokyo 2020 ditangguh tahun lalu ketika skala pandemik memuncak, harapan menjulang untuk meneruskan temasya sukan itu tahun ini sebagai bukti bahawa dunia telah berjaya mengatasi virus tersebut.



Namun, realitinya cukup berbeza sekarang dengan lebih banyak jangkitan baru serta varian yang lebih mudah menular, termasuk jenis Delta yang mengakibatkan jangkitan virus yang melonjak tinggi di serata dunia. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >