KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) merancang menghantar perwakilan peringkat tinggi ke Rakhine, Myanmar, bagi menilai nasib etnik Muslim Rohingya, menurut Malaysia, kelmarin.
Satu ketetapan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar Menteri-menteri Luar OIC bagi membincangkan krisis Rohingya juga menggesa Myanmar agar menerima lawatan OIC.