Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Operasi cari 9 lagi mangsa diteruskan

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI (Selangor): Usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat semalam menyaksikan pelbagai agensi - sama ada terlibat secara langsung atau pun tidak - bertungkus lumus dari siang hari membawa ke malam bagi memastikan operasi pencarian sembilan lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.



Antara agensi yang memainkan peranan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertindak menyalurkan bekalan elektrik di tempat kejadian dan memastikan ia beroperasi dalam keadaan baik dan selamat.



"Pihak TNB telah membekalkan 10 unit janakuasa mudah alih dan memasang lampu limpah mudah alih untuk menerangi laluan pasukan SAR dan sekitar kawasan kejadian," menurut JBPM dalam kenyataannya yang dimuat naik di laman Korporat JBPM semalam.



Selain itu, enam ekor anjing pengesan K9 tiba di lokasi SAR insiden tanah runtuh Batang Kali pada hari keempat bagi memulakan tugas.



Dalam pada itu, polis sudah mengesan pemilik kepada lima kenderaan yang rosak tertimbus tanah dalam kejadian runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, berkata terdapat tujuh kenderaan di lokasi kejadian dengan lima daripadanya sudah dikenal pasti, manakala dua lagi kenderaan belum diketahui pemiliknya.



"Lima kenderaan yang dikenal pasti itu masing-masing dua milik mangsa masih hidup dan dua milik mangsa yang meninggal dunia, manakala satu lagi kenderaan milik mangsa yang masih hilang," katanya pada sidang media di lokasi kejadian semalam.



Setakat ini, seramai sembilan mangsa masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh.



Beliau berkata semua mayat mangsa terkorban sudah selesai dibedah siasat dan dituntut waris serta ahli keluarga masing-masing kelmarin.



Sejauh ini, kesemua 24 mayat mangsa tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong, dekat sini sudah dituntut waris masing-masing.



Superintendan Suffian, ketika mengesahkan perkara itu, berkata tiga mayat terakhir yang ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) dituntut warisnya malam tadi.



"Mangsa yang juga pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun diserahkan kepada warisnya kira-kira jam 9 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.



Nahas runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu itu mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa.



Kesemua mayat mangsa dihantar ke HSB untuk proses pengecaman dan bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian.



Operasi pencarian mangsa yang masih hilang diteruskan pada hari keempat semalam selepas ia ditangguhkan kira-kira 8.15 malam kelmarin berikutan keadaan cuaca buruk.



Sementara itu, puluhan petugas media masih menunggu di HSB bagi melaporkan perkembangan terkini dan setakat ini belum ada sebarang mangsa baharu dibawa ke Jabatan Forensik HSB. - BHM.




"Lima kenderaan yang dikenal pasti itu masing-masing dua milik mangsa masih hidup dan dua milik mangsa yang meninggal dunia, manakala satu lagi kenderaan milik mangsa yang masih hilang."
- Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >