Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Operasi mencari diteruskan bagi 9 lagi mangsa belum ditemui

Dec 19, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat baki mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali diteruskan bagi hari ketiga semalam.



Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban dalam kejadian itu sejauh ini manakala sembilan lagi masih belum berjaya ditemui hingga akhbar ini dicetak malam tadi.



Tragedi yang melibatkan 94 mangsa di Father's Organic Farm di Jalan Batang Kali, di Gohtong Jaya, itu berlaku sekitar 2 pagi Jumaat lalu.



Tapak perkhemahan itu terletak kira-kira 15 kilometer dari Genting Highlands - pusat pelancongan yang popular termasuk dalam kalangan warga Singapura.



Daripada 94 mangsa itu, 61 orang terselamat, termasuk tiga warga Singapura.



Kelmarin, jenazah salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi itu telah selamat dikebumikan.



Jenazah Allahyarhamha Nurul Azwani Kamarulzaman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih, di Kuala Lumpur sekitar 10 malam.



Ibu Allahyarhamha, Cik Siti Esah Hassan, 53 tahun, berkata Allahyarhamha yang berusia 31 tahun merupakan anak sulung daripada keluarga tiga beradik yang bekerja sebagai penolong kantin di Sekolah Kebangsaan Cina Mun Choong.



"Allahyarhamha menyertai perkhemahan itu kerana mengikut majikannya yang juga guru di sekolah itu dan dia sudah berjanji untuk pulang ke kampung selepas habis kegiatan perkhemahan itu," ujarnya.



Sementara itu, pengurusan Father's Organic Farm memohon maaf kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.



Dalam masa sama, Father's Organic Farm turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat.



"Hati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana,'' kata Father's Organic Farm dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook mereka, semalam.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi yang melibatkan lima agensi utama itu diteruskan semalam dengan bantuan pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) dan jentera pengorek.



Tambahnya, pasukan mencari dan menyelamat melakukan kerja pengorekan tanah menggunakan jentera pengorek dengan berhati-hati untuk mengelak daripada mencederakan badan mangsa yang tertimbus.



Mengulas lanjut, beliau berkata selepas mengalihkan tanah di peringkat awal menggunakan jentera pengorek, mereka menggunakan K9 untuk mengesan mangsa yang mungkin berada di kawasan itu.



"Ini untuk mengelak anggota badan mangsa yang tertimbus daripada terkena 'bucket' jentera pengorek," ujarnya.



Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada tiga individu untuk membantu dengan siasatan terhadap kejadian tanah runtuh itu.



Ketua Polis Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah, berkata mereka termasuk seorang pengusaha dan dua pekerjanya yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kelmarin. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >