Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Operasi syarikat penerbangan Indonesia, Sriwijaya Air bakal dihentikan jika masalah dalaman tidak dihurai

Oct 01, 2019 | 09:26 PM



JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia akan menghentikan operasi Sriwijaya Air sekiranya syarikat penerbangan itu gagal menghuraikan masalah dalaman hingga esok (2 Oktober).



Menurut laporan CNN Indonesia, Sriwijaya mengalami masalah yang menimbulkan keraguan terhadap keupayaan syarikat itu menjamin keselamatan yang mengikut piawaian khidmat penerbangan. 



Sekitar 12 daripada 30 pesawat milik Sriwijaya dianggap layak melakukan penerbangan, manakala pesawat lain terpaksa terkandas disebabkan kekurangan kakitangan dan barang ganti bagi melakukan kerja penyengaraan.



Masalah Sriwajaya dipercayai berlaku disebabkan perselisihan dengan syarikat penerbangan utama, Garuda Indonesia.



Garuda, menerusi syarikat subsidiarinya yang menawarkan penerbangan kos rendah, Citilink, mengambil alih  pengurusan Sriwijaya sebagai sebahagian daripada perjanjian operasi bersama pada November lalu, dalam usaha untuk meningkatkan saham Garuda dalam pasaran penerbangan awam Indonesia.



Bagaimanapun, hubungan mereka menjadi tegang apabila Sriwijaya tiba-tiba memecat tiga bekas pegawai eksekutif Garuda awal bulan ini.



Sriwijaya dilaporkan berhutang sebanyak 800 bilion rupiah ($78.1 juta) kepada syarikat penyenggaraan Garuda, GMF. 



Sehingga 25 September lalu, GMF berhenti menyediakan khidmat penyenggaraan pesawat Sriwijaya setelah tercetusnya pertikaian antara kedua-dua syarikat penerbangan itu dan selepas Sriwijaya gagal melunaskan hutangnya.



Minggu lalu, Garuda telah mengeluarkan logo syarikatnya dari semua pesawat yang dikendalikan oleh Sriwijaya, sambil mengatakan bahawa ia merupakan langkah untuk melindungi reputasinya dan menuduh Sriwijaya gagal mengekalkan piawaian perkhidmatan Garuda. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >