Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pahang, Kelantan dan Terengganu bersiap bagi banjir

Nov 01, 2016 | 08:50 AM



KUALA LUMPUR: Agensi kecemasan Malaysia sedang menyiapkan pusat pemindahan, menyimpan bekalan makanan dan menyiapkan bot penyelamat bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda pantai timur negara itu pada minggu-minggu akan datang.



Pihak berkuasa telah mengenal pasti 666 pusat pemindahan sementara yang boleh menempatkan 165,000 orang di Pahang, Kelantan dan Terengganu, yang dijangka menjadi mangsa musim monsun timur laut pada pertengahan November.



Selain banjir, banjir lumpur dan tanah runtuh juga dikhuatiri.



"Kami menjangka hujan dari minggu kedua November, dengan hujan lebat dari Disember hingga Januari tahun depan. Jika hujan berterusan, banjir besar mungkin berlaku," kata jurucakap Jabatan Meteorologi Pahang.



Jabatan itu memberi amaran air pasang sangat tinggi pada 14 Nov dan 14 Dis, dengan 385 kawasan di negeri itu sedang disiapkan bagi menghadapi banjir.



Pegawai itu berkata amaran awal akan dikeluarkan 48 jam lebih awal. Penduduk akan dipindahkan sebelum air banjir meningkat ke tahap berbahaya.



Sekiranya banjir besar berlaku, bahagian Lebuh Raya Pantai Timur (berhampiran kawasan rehat Temerloh) dan Jalan Ubai di Pekan, Pahang, akan terputus.



Aliran lumpur juga dijangka di sebahagian kawasan bandar pantai Beserah dan beberapa kawasan perlombongan bauksit di Kuantan.



Sebanyak 118 lokasi di Pahang dikenal pasti sebagai kawasan tanah runtuh mungkin berlaku, dengan Maran paling terdedah.



Antara persiapan menghadapi banjir di Pahang, Kelantan dan Terengganu ialah latihan simulasi bagi para penyelamat. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >