Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Pakar jangka kes gangguan tekanan lepas trauma naik susuli banjir

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Ketika hujan lebat dan banjir melanda, pakar kesihatan mental Malaysia menjangkakan berlaku peningkatan dalam kes kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).



Mereka berkata isu kesihatan mental itu ditemui bukan sahaja dalam kalangan masyarakat yang kehilangan tempat tinggal, bahkan anggota keluarga mereka dan orang awam lainnya.



Pakar kesihatan mental, Dr Andrew Mohanraj, berkata sudah banyak kes yang diterima Persatuan Kesihatan Mental Malaysia yang dikaitkan dengan banjir.



"Kami telah menerima kira-kira 500 panggilan sebulan dan jumlahnya semakin meningkat akibat banjir," kata Dr Mohanraj, presiden persatuan itu.



Beliau berkata hujan yang berterusan akan menyebabkan rasa takut dan bimbang.



"Secara tradisinya, kita sering melihat diri kita sebagai negara yang selamat tetapi banjir yang tidak dijangka di kawasan tertentu telah menyebabkan trauma kepada rakyat," ujarnya.



Dr Mohanraj menarik perhatian bahawa keadaan itu boleh memburukkan lagi gejala tertentu bagi mereka yang sudah pun bergelut dengan kemurungan dan kebimbangan.



"Ini dicerminkan dalam kes panggilan yang kami terima," katanya.



"Mereka menyatakan ketakutan dan bimbang akan kambuh."



Beliau berkata ia bukan unik kepada mangsa tetapi juga keluarga mereka.



Dr Mohanraj melahirkan kebimbangan bahawa ini boleh menjadi keadaan yang berpanjangan.



"Apabila keadaan banjir semakin baik, mangsa yang pulang ke rumah boleh mengalami gejala PTSD. Ini boleh berlaku antara enam bulan dengan setahun," terangnya.



Antara gejalanya adalah tidak percaya kepada orang lain. Ini terutamanya bagi mangsa yang terselamat dan mereka yang kehilangan orang tersayang.



"Ada yang mungkin mengalami kehilangan ingatan dan tumpuan yang lemah.



"Jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menyebabkan tingkah laku melulu dalam kalangan orang dewasa dan penggunaan dadah untuk mengatasinya.



"Pada kanak-kanak, ia boleh memberi kesan besar apabila mereka dewasa," katanya.



Kaunselor Cik Rohini Krishnan, 27 tahun, berkata lebih ramai yang mendapat bantuan kesihatan mental sejak banjir berlaku.



"Terdapat peningkatan kebimbangan dalam kalangan ramai orang. Keadaan ini boleh dikategorikan sebagai kemurungan bermusim atau kebimbangan bermusim seperti penduduk di negara yang mengalami musim sejuk.



"Mereka berasa lebih tertekan dan kesunyian semasa cuaca sejuk.



"Apabila mereka yang mengalami masalah ini melihat awan gelap atau ketika hujan, mereka menjadi bimbang, menambah kebimbangan mereka yang sedia ada," kata Cik Rohini, pengasas Perkhidmatan Kaunseling Meraky.



Untuk mengurangkan risiko mendapat serangan panik, beliau menasihatkan mereka untuk menubuhkan kumpulan sokongan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja.



"Pastikan semua orang berada dalam keadaan baik setiap hari," katanya.



Pakar psikiatri dan ahli psikoterapi, Dr Hazli Zakaria, yang juga presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, menekankan kepentingan mengadakan penilaian betul terhadap keperluan mangsa dari segi keadaan psikologi mereka.



"Mesti ada rancangan jelas dan khusus oleh pihak berkuasa berkaitan usaha menyokong mangsa, termasuk perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >