Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19

Pakar: Jumlah kes Covid-19 di Indonesia dijangka lonjak awal 2021

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Rakyat Indonesia diberi amaran kemungkinan jumlah kes Covid-19 akan melonjak pada awal 2021, sementara ramai warga tidak sabar menyambut kedatangan tahun baru untuk meninggalkan tahun yang mencabar ini.



"Kita harus berhati-hati pada 2021 kerana ada risiko jumlah kes akan naik," kata Encik Dicky Budiman, ahli epidemiologi di Universiti Griffith di Australia, menurut laporan kompas.com.



Encik Dicky menganggar kes akan melonjak berdasarkan beberapa faktor; termasuk kadar kematian, jumlah pesakit di hospital dan juga kes-kes yang sedang aktif.



Beliau berkata lagi bahawa Indonesia berada dalam krisis.



Encik Dicky menggesa pemerintah Indonesia untuk menjalankan program ujian secara intensif dan warga Indonesia digalakkan melaksanakan protokol kesihatan seperti memakai pelitup, mencuci tangan dan mengamalkan jarak sosial.



Secara purata, Indonesia telah mencatat kenaikan antara 69 dengan 93 peratus kes baru beberapa minggu selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu.



Jumlah kes juga naik selepas cuti panjang Hari Kemerdekaan negara pada Ogos.



Cik Dewi Nur Aisyah, ketua divisyen data dan teknologi di pasukan bertindak Covid-19 di negara itu berkata kecuaian rakyat semasa cuti panjang telah menyebabkan efek domino kepada krisis Covid-19.



Impak daripada kecuaian tersebut boleh dilihat dengan kenaikan jumlah kes harian dan ini akan menjejaskan khidmat jagaan kesihatan di negara itu.



Krisis ini juga akan meningkatkan jumlah kematian sedang Indonesia berdepan krisis kekurangan tempat untuk mengebumikan mayat.



Pentadbiran Jakarta kini membenarkan mayat-mayat mangsa Covid-19 dikebumikan di luar kawasan pusara.



Penyelaras perkuburan awam Pondok Ranggon, Encik Muhaemin, berkata peraturan baru ini bertujuan menangani isu kekurangan tempat di tanah perkuburan.



"Kami sedang mengalami krisis ini sejak 8 November. Kini, semua pusara sudah penuh," ujarnya.



Untuk menampung lebih banyak lagi jumlah mayat, pusara-pusara di negara itu mengebumikan lebih daripada satu mayat jika mereka terdiri daripada keluarga yang sama yang disenaraikan di dalam kad keluarga (KK).



Selain itu, pusara juga harus berada sekurang-kurangnya 500 meter jauh dari kawasan perumahan terdekat, menurut ketetapan Kementerian Agama Indonesia.



Awal bulan ini, pusara Tegal Alur telah meluaskan kawasan pengebumiannya.



"Setiap hari, kami mengebumikan sebanyak 35 mayat, selepas membantu untuk menampung mayat-mayat dari pusara (Pondok Ranggon)," kata penyelarasnya, Encik Wawin Wahyudi.



Sebelum ini, pusara itu hanya menampung sebanyak 20 pengebumian dalam satu hari.



Namun, Encik Wawin berkata pusara itu masih mempunyai tempat untuk menampung lebih banyak mayat.



Pentadbiran Jakarta telah menyediakan dua hektar tanah di pusara awam Rorotan di Jakarta Utara untuk tanah perkuburan Covid-19 pada September, setelah kehabisan tempat untuk pengebumian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >