Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar: M'sia hadapi risiko gelombang Covid-19 ke-4 , gagal patuhi prosedur di bazar puncanya

Apr 16, 2021 | 06:31 PM



KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 seluruh Malaysia menunjukkan negara itu sedang menuju gelombang keempat Covid-19.


Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama di bazar Ramadan mungkin membawa peningkatan kes lagi.


Beliau berkata, keadaan itu mungkin akan bertambah buruk dengan varian virus baru yang sudah masuk ke negara itu terutama varian Afrika Selatan dan UK B.1.17.


"Apa yang berlaku ketika ini mungkin akan membawa kita kepada gelombang keempat terutama jumlah kes harian melebihi 2,000 kes seperti semalam, selepas beberapa bulan. Selain itu, jika sebelum ini kes sembuh harian melebihi kes baharu, namun ia berlaku sebaliknya sejak kebelakangan ini.


"Sama ada kita benar-benar sudah memasuki gelombang keempat, biarlah Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengumumkannya, namun petunjuk ketika ini menunjukkan kita seakan-akan menuju gelombang keempat Covid-19," katanya kepada Berita Harian Malaysia pada Jumaat (16 April).



Pada Jumaat, sebanyak 2,551 kes Covid-19 baru dilaporkan - hari kedua Malaysia melepasi bilangan 2,000 kes sehari selepas mencatat 2,148 kes pada Khamis.


Sebelum ini, kali terakhir jumlah kes dicatat melebihi 2,000 kes sehari adalah pada 5 Mac lalu.  


Dr Yahya berkata, undang-undang dan SOP sedia ada sudah mencukupi dalam usaha mengekang penularan kes, dan majoriti masyarakat faham serta sedaya upaya mematuhinya.


"Bagaimanapun, kegagalan mematuhi SOP ini akan menyumbang kepada kenaikan kes terutama ketika ini sebahagian masyarakat tidak patuh SOP apabila ke bazar Ramadan. Ini sangat membimbangkan.


"Justeru, pendidikan dan kempen kesedaran mesti diteruskan walaupun masyarakat sudah tidak mampu mendengarnya, namun ia perlu dilakukan supaya peringatan dapat diberikan secara berterusan serta konsisten," katanya.


Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata negara akan memasuki gelombang keempat jika tiada langkah diambil untuk mengawal penularan kes.


Bagi mengawal penularan kes, Dr Sharifa Ezat berkata jumlah pengunjung ke bazar Ramadan perlu dihadkan, selain mengehadkan sesuatu perhimpunan kepada 50 orang dan bilangan pekerja hadir secara fizikal dikurangkan kepada 50 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >