Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar pediatrik Indonesia syak Covid-19 bunuh lebih 200 kanak-kanak

Jun 26, 2020 | 02:37 PM

JAKARTA: Lebih 200 kanak-kanak termasuk bayi baru lahir dan mereka yang berusia bawah lima tahun dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 di Indonesia sedang virus itu menggegarkan sistem kesihatan negara itu yang rapuh.


Persatuan Pediatrik Indonesia (IDAI) mendedahkan pada Khamis (25 Jun) bahawa sekurang-kurangnya 1,543 kanak-kanak di Indonesia telah disahkan positif Covid-19 sejak negara itu mengumumkan kes koronavirus pertamanya pada Mac.


Seramai 36 daripada mereka meninggal dunia akibat penyakit itu.


Sementara itu, 6,123 kanak-kanak dikategorikan di bawah status PDP, yang merujuk kepada orang yang mempunyai simptom Covid-19 tetapi belum diuji bagi virus itu, dan 204 daripada mereka telah meninggal dunia.


"Data itu mengejutkan," kata pengerusi IDAI, Encik Aman Bhakti Pulungan, dalam pertemuan dengan Suruhanjaya X Dewan Perwakilan, yang memantau pendidikan.


Beliau berkata bilangan tinggi kematian kanak-kanak akibat penyakit itu, yang kebanyakannya mengorbankan warga emas, rata-rata disebabkan oleh cirit-birit dan radang paru-paru, serta masa yang tidak mencukupi untuk kakitangan perubatan menyelamatkan mereka.


Tidak ada kematian di kalangan kanak-kanak dilaporkan sejauh ini di negara jiran Malaysia, Vietnam, Singapura dan Thailand. - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >