Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar prihatin penduduk di Pulau Pinang merosot

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



GEORGE TOWN: Pakar-pakar menyuarakan amaran tentang cabaran masa depan apabila penduduk Pulau Pinang, yang merupakan hab pengilangan dan budaya di utara Malaysia itu, merosot buat dua tahun berturut-turut.



Antara cabarannya adalah bekalan tenaga kerja bagi sektor pengilangan di negeri itu, serta permintaan terhadap perumahan dan perniagaan runcit.



Pada tahun 2020, penduduk Pulau Pinang sekitar 1.74 juta orang. Angka itu merosot tahun lalu dan tahun ini.



Menurut unjuran Jabatan Statistik, ia berjumlah 1.7386 juta, merosot 0.1 peratus.



Jumlah itu termasuk rakyat Malaysia dan juga warga asing yang tinggal di Pulau Pinang.



Sedang jumlah keseluruhan pendduk negeri itu merosot, bilangan warga emas di Pulau Pinang (usia 60 tahun ke atas) meningkat dari 7.1 peratus tahun lalu kepada 7.5 peratus tahun ini.



Dalam laporan yang dikeluarkan pada 23 Disember, jabatan tersebut berkata, komposisi penduduk berusia 0 hingga 14 tahun pada tahun ini merosot menjadi 19.4 peratus berbanding 19.7 peratus pada tahun lalu.



Mereka yang berusia 15 hingga 64 tahun pula (umur yang boleh bekerja) merosot dari 73.2 peratus pada 2021 menjadi 73.1 peratus pada 2022.



Dilaporkan juga, Daerah Timur Laut negeri itu (meliputi kawasan-kawasan George Town, Ayer Itam, Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi) mengalami kemerosotan paling banyak, iaitu 0.5 peratus, sementara di bahagian selatan Seberang Prai (berhampiran Jembatan Pulau Pinang), penduduknya bertambah 1.4 peratus tahun ini.



Terdapat lebih ramai penduduk yang tinggal di tanah besar Pulau Pinang sekarang berbanding dengan yang tinggal di pulau - 947,400 orang berbanding 791,200 orang.



Pengarah eksekutif pusat penyelidikan negeri dan kumpulan pemikir di Institut Pulau Pinang, Datuk Dr Ooi Kee Beng, berkata beliau menjangka kemerosotan yang dilaporkan itu mungkin lebih rendah.



Bilangan sebenar tidak dapat dikesan oleh Jabatan Statistik kerana kekurangan maklumat menjejaki pemindahan domestik (antara negeri).



"Kebanyakan orang berpindah ke bandar-bandar lain tanpa melaporkan diri kepada pihak berkuasa dan hanya berbuat demikian lama kemudian.



"Begitu juga, mereka dari lain-lain negeri yang berpindah ke Pulau Pinang tidak melaporkan diri, tetapi saya fikir mereka yang keluar dari Pulau Pinang yang tidak direkodkan lebih tinggi bilangannya daripada bilangan yang masuk ke negeri itu walau tidak direkodkan," kata Datuk Dr Ooi.



Selain Pulau Pinang, jabatan statistik juga melaporkan penduduk Sabah merosot 0.6 peratus, dan Kuala Lumpur pula sekitar 1 peratus.



Lain-lain wilayah dan negeri di Malaysia mencatatkan tambahan penduduk pada tahun ini. - NST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >