Pakar WHO terus siasatan, lawat Pusat Kawalan Cegah Penyakit Hubei, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Pakar WHO terus siasatan, lawat Pusat Kawalan Cegah Penyakit Hubei

Feb 02, 2021 | 05:30 AM

WUHAN: Sepasukan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang ditugaskan untuk menyiasat asal usul Covid-19 dijadual mengunjungi Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit wilayah Hubei, China, di mana virus itu mula merebak pada akhir 2019.

Pasukan pakar bebas itu telah tamat menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu Khamis lalu di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei dan sedang melaksanakan kajian sepanjang dua minggu di situ.

Sehingga kini pasukan tersebut telah mengunjungi beberapa hospital, pasar dan pusat pameran bagi memperingati usaha kota tersebut dalam menangani koronavirus di situ.

Kelmarin, mereka telah mengunjungi pasar borong dan makanan laut di Wuhan.

Pusat penjualan borong makanan laut Huanan itu, menurut agensi berita AFP dan Reuters, merupakan salah satu kawasan yang menyaksikan kelompok jangkitan pertama dilaporkan apabila virus itu muncul lebih setahun yang lalu.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ia telah dikepung sejak Januari 2020.

Menurut wartawan, apabila pasukan pakar tersebut memasuki premis pusat makanan laut itu, kakitangan keselamatan dengan pantas menghentikan orang lain daripada memasuki kawasan itu.

Misi pasukan WHO, yang telah menyaksikan pelbagai hambatan politik, bertujuan menyiasat bagaimana virus Covid-19 menular daripada haiwan ke manusia.

Namun dengan kajian di kawasan tersebut masih berada di peringkat awal, pegawai WHO tidak mempunyai jangkaan yang tinggi dalam usaha mencari punca virus yang telah membunuh lebih dua juta orang di serata dunia dan menjejas teruk ekonomi sedunia.

Jumaat lalu, WHO berkata kunjungan ahli kumpulan tersebut agak terhad dan bergantung kepada tindak tanduk pihak China.

Mereka tidak dibenarkan berinteraksi bersama masyarakat di sana ekoran sekatan kesihatan yang berkuat kuasa.

Menyusuli kunjungan di pasar makanan laut itu, seorang ahli kumpulan tersebut, Encik Peter Daszar berkata menerusi Twitter, kumpulan itu sedang berada dalam "kunjungan kawasan yang mustahak... yang pertama ialah sebuah pasar borong dan baru-baru ini, di pasar makanan laut Huanan."

"Ini amat penting dalam mengumpul maklumat dan kritikal bagi kumpulan-kumpulan kami memahami epidemiologi Covid apabila ia mula merebak pada hujung 2019," kata beliau.

Kumpulan pakar tidak menerima sebarang pertanyaan daripada wartawan dan pasar tersebut itu terus dikepung.

Kakitangan keselamatan yang berada di luar pasar mengarahkan wartawan dan jurukamera beredar dari kawasan itu dan kumpulan pakar berkenaan meninggalkan kawasan itu selepas sekitar satu jam berada di situ.

Sejak ditutup, orang awam tidak dibenarkan memasuki pasar itu dengan pengawal keselamatan menjaganya sepanjang masa.

Sebelum penutupannya, ia merupakan pasar yang sibuk dengan ratusan gerai daging, makanan laut dan sayur-sayuran.

Namun pada 31 Disember 2019, selepas empat kes misteri penyakit radang paru-paru dikaitkan dengan pasar tersebut, ia ditutup semalaman.

Menjelang penghujung Januari, Wuhan mengisytiharkan perintah berkurung selama 76 hari.

Beberapa diplomat China dan media negara itu menyatakan keyakinan mereka bahawa pasar itu bukan punca asal koronavirus membiak. - AFP, Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map