Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakatan akan kembali, kata Anggota Parlimen PKR & Amanah

Feb 26, 2020 | 05:19 PM



KUALA LUMPUR: Senyuman terpapar pada wajah para Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mereka dilihat keluar dari Istana Negara Malaysia setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu (26 Februari).



Sambil meninggalkan kawasan itu dengan menaiki bas dua tingkat, Hop On Hop Off, yang juga dinaiki mereka untuk ke Istana Negara, beberapa AP PKR memberitahu media melalui tingkat kedua bas yang tidak tertutup itu bahawa ada "berita baik", lapor The Star.



AP Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew yang menyambut media serta para penyokong PKR yang sedang menunggu di luar Istana Negara mengatakan bahawa parti beliau menyokong presiden parti mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Kami memberi sokongan dengan sepenuhnya kepada Perdana Menteri (Malaysia) kelapan," katanya sambil menambah bahawa partinya memberi sokongan padu kepada Datuk Anwar.



"Saya percaya Amanah dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) juga menyokong kami," kata Datin Paduka Tan.



Anggota-anggota Parlimen Parti Amanah Negara juga dilihat memaparkan semangat serupa setelah menghadap Sultan Abdullah Ri'ayatuddin, dengan AP Lumut Dr Hatta Ramli mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan kembali.



"Pakatan kembali dengan mandat rakyat," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >